Tuesday, February 15, 2011

Adik

adik…
sedekad ini…
tersimpan kasih bertutupkan keegoanku..
betapa bengisnya aku
ibarat kaca-kaca yang berderai
betapa kasarnya aku
seperti angin yang tiada sepoinya
adik…
bagaimana harus ku ucap
betapa kasih padamu melebihi batas sempadan pada diri ini
tak pernah ku ingkar janji pada perasaanku
tak pernah ku longlaikan kudratku untuk membantumu
adik…
ku cuma ingin kau sedar..
hidup ini bukan sekadar kata-kata yang manis
ataupun warna-warna yang indah
masih banyak yang kau perlu tahu
masih banyak yang kau perlu pelajari tentang hidup ini
tak mungkin akan ku biarkan hidupmu terkorban
ingin sekali ku agar kau mengerti
bahawa hidup kau adalah matlamat hidupku
adik…
andai satu saat
aku tiada lagi dalam dakapan hidupmu
ketahuilah..
aku hidup demi Tuhan,
kerana ibubapaku,
untuk dirimu
atas nama Allah Yang Esa

No comments:

Post a Comment